Want your
own Fotopage?



























 
::This Is My Way::

By: Along CaPR

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]
Saturday, 28-Jan-2006 17:00 Email | Share | | Bookmark
Pameran Buku Kebangsaan ke-38

pintu masuk..
 
 
View all 9 photos...
Bermula 17/1/06 hingga 3/2/06 Pameran Buku Kebangsaan di Mesir sekarang ni sedang berlangsung. Ditambah plaks dalam masa yg sama kejohanan solasepak Piala Afrika jugak sedang berlangsung lagi lah nampak meriah..tapi dalam gambar nie just amik sesikit je pasal pameran ni. Ada jugak pameran dari Universiti seperti Ummul Qura [Mekah] dan lain2..




masa ni le nak beli buku murah2 kan...hehehh...rindu la student`s life.... Thu 9-Feb-2006 01:17
Posted by:SHaHaQiL  - [Link]
borong jangan tak borong...walid kata jgn tak baca pula Thu 9-Feb-2006 15:38
Posted by::: dr. azzam ::  - [Link]
semlm baru habis KL International Bookfair kat PWTC Mon 3-Apr-2006 03:57
Posted by:huda  - [Link]
View all 13 comments Add comment


Saturday, 10-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Universiti Al-Azhar Al-Syarif

 
 
 
View all 10 photos...

salam ziarah..jadi nilah uni Al-azhar 2 ye...ana memang teringin nak pergi sana kalo ada rezeki...2 pon kalo result SPM 2008 ok la...ana mula pasang cita2 nak kesana sjk bapa saudara menjejakkan aki kat sana..kalo bley anta bagilah pengalaman anta sepanjang belajar kat sana..nak sgt tahu suasana kat sana..entahlah dapat pergi ke tak kat sana...INSYAALLAH kalo dmurahkan rezeki ana akan menjejakkan kaki kat sana...slam ukhuwah abadan abadan.. Tue 10-Feb-2009 06:05
Posted by:mawar berduri pricefulrose-91@yahoo.com
salam Tue 10-Feb-2009 06:06
Posted by:mawar berduri pricefulrose_91@yahoo.com
GOOD DAY,
DO YOU NEED BUSINESS LOAN?
DO YOU NEED PERSONAL LOAN.
DO YOU INTEND BORROWING LOAN?
:
LOAN AMOUNT:

DUR ON WHAT PURPOSE?
THIS IS TO INFORM THE ENTIRE PUBLIC THAT THERE IS A LENDING FIRM WHO GIVE OUT LOAN WITH LOW INTEREST RATE. WE ARE A REGISTERED AND GOVERNMENT APPROVED LOAN LENDING FIRM.WE GIVE OUT LOAN TO DIFFERENT ORGANISATION,SCHOOLS,HOSPITALS,INDIVIDUALS, CHURCHES BUSINESS MEN AND WOMEN WHO ARE FINANCIALLY DOWN.THIS IS AN OPPORTUNITY FOR YOU TO EXPAND YOUR BUSINESS AND PAY ALL DEPTS. DO NOT HESITATE TO FORWARD YOUR APPLICATION NOW TO VIA E-MAIL ADDRESS.............cliford_financalfirm@live.com


FULL NAME:
COUNTRYATION:

PHONE NUMBER:

CONTACT ADDRESS:

Below are tRegards,
Mr Joehe details needed to proceed further.

Wed 2-Sep-2009 12:21
Posted by:mr joe westerm westerm.loancompany@gmail.com
View all 33 comments Add comment


Friday, 2-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Weekend - Main Bola

di waktu pagi..
tunggu bas..
kat pintu masuk..
View all 9 photos...
Dah lama x update fotopages nie..so sesaja amik gambo nie..Biasanya macam ni lah tiap-tiap minggu..menghabiskan masa cuti dengan menghilangkan tensen kat padang bola. Haa..kat sini ari minggu kira hari Jumaat lah..sbb ari Jumaat jer yg cuti..ari lain semua nya ari sekolah..kat Mesir ni sekolah 6 hari..tak macam malaysia..selalunya main dari pkl 7.00pg - 9.00pg jer..biasalah kan peluh kene keluarkan jugak.. Padang dia nampak sempoi jer kan..biasalah dalam negara yg bertaraf negara ketiga nie..semestinya serba kekurangan..tapi tu seme mengajar kiter supaya lebih bersyukur kan!!

Snap Pilihan:



Arab sedang naik kereta himar (keldai)

best x mesir?wish to go there 1 day! Fri 20-Jan-2006 17:27
Posted by:med  - [Link]
huhu sepupu saya lah tu along..huhu ei reti ke main bola sepak ni? gurau je Mon 23-Jan-2006 15:30
Posted by:med  - [Link]
kemantapanmu terserlah juga...hehe Tue 24-Jan-2006 12:05
Posted by:azrafezaky  - [Link]
View all 16 comments Add comment


Wednesday, 16-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Majlis Khatam Quran [Burhanudin, Al-Hafiz, Firdaus & Azuwan]

antara yg hadir..
di majlis ni..
ni lah peserta..
View all 16 photos...
Tempat: Umah Burhanuddin.Masa: Majlis bermula lepas Asar
Quote:
11.00 pg : Bermula lah persiapan untuk majlis. Yang lain x nampak sangat. Cuma bahagian AJK dapur yg bertugas pada hari ni kena lah memulakan kerja. Maklum la seme tukang masak amatur. Tuan rumah bagitau menu tuk majlis ni adalah Nasi Ayam..hehe. Nasib baik bg tau menu..kalau x susah lah AJK tukang masak nak pikir menu ape..sbb AJK kat dapur ni pon secara bidang terjun jer..saper sukarela nak jadi AJK dapur kenalah datang awal.

3.30 ptg : Majlis Khatam Quran bermula. Member2 yang mana datang tu akan turut sama lah. Baru meriah sikit. Kecuali AJK dapur..tetap duk kat dapur cam biasa..

4.00 ptg : Selepas selesai majlis bg hadiah kat syeikh ngan terima sijil khatam..tibalah masa tuk menjamu selera..aduhhh tukang masak kat dapur dari pagi x makan..memang saat makan camni sangat ditunggu-tunggu.


Snap Pilihan:

tengah baca depan Syeikh Nabi


Tanda terima sijil dari Syeikh


Wajah gembira Syeikh bila dapat hadiah

wwwow.. mabruk.. ccheewah.. bukang maing semat lagi ferk.. semat pada buding.. hehe.. ala kuli hal, mabruk alaikum jamian.. adik serol pung semat jugok.(zuang) hehehe... Wed 30-Nov-2005 08:22
Posted by:kamitaken kamitaken@hotmail.com  - [Link]
along.....
secoet jerk snow kat sini...buat malu jerkkk.....
Wed 30-Nov-2005 09:36
Posted by:Suraya Albakri wsuraya@gmail.com  - [Link]
khatam ni maksud nyer hafidz ker? kalau gitu, mabruk kepada semua hafidz.
A1GP: nanti biler dah balik malaysia, bole la tengok. ' tak gunung lari di kejar '!
Sun 11-Dec-2005 15:40
Posted by:chan  - [Link]
View all 14 comments Add comment


Tuesday, 8-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Satu Hari Di Aidil Fitri

bergambar kenangan selepas solat raya..
seme pakai bj melayu je posing..
yang ni yg pakai jubah jer..
View all 11 photos...
Allahu Akbar..Allahu Akbar..Allahu Akbar..Allahu Akbar..Allahu Akbar..Allahu Akbar..Allahu Akbar..

Sebenarnya di saat kedengaran takbir hari raya camni..bagi anak perantauan memang tak mampu menahan sebak ditambah plaks ngn lagu takbir yang mendayu-dayu..lagi lah menambahkan suasana sayu tu..tapi kalau di mesir nie atau di negara-negara arab yg lain..takbir raya lain sikit..alunan takbir bersemangat..cam menyahut seruan jihad gitu..kekadang leh jadi semangat gaks kiter..

p/s: Bagi kiter yg dapat menyambut hari raya dengan penuh kegembiraan..berdoalah jugak untuk mereka yg menyambut hari raya dengan gema takbir mengalir darah menghapuskan musuh Allah..kalau serangkai doa pun xmampu tuk kiter hadiahkan..ape lah guna kiter dijadikan muslim yg bersaudara.

Shot pilihan:










Tue 15-Nov-2005 07:44
Posted by:idayu  - [Link]
salam syawal Fri 18-Nov-2005 03:51
Posted by:huda  - [Link]
peerrrgghh ..merruun tu kaler bajuu...alamak..fol in luv aarr cam ginii!!! Tue 13-Dec-2005 09:56
Posted by:akak..
View all 9 comments Add comment


Friday, 4-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Salam Aidil Fitri [ Malam Raya ]

ayam..
dipotong kecik-kecik..
kupas bawang..
View all 10 photos...
Assalamualaikum semua..
Salam Aidil Fitri buat semua yang berada diperantauan. Akhirnya Aidilfitri yang ditunggu akan menjelang juga. So mengisi program raya ni along snap la gambar-gambar pembikinan sate tuk hari raya.. . Yang mana ade dalam gambo tu je lah yang tinggal tuk x-mtant dulu. Nasib lah buat bakar sate malam tu. Kalau tak ramai yang nangis tak tahan nak balik mesia. Lebih-lebih lagi yang belom pernah balik atau pun yg baru datang Mesir. Maklum le kalau yg baru datang ni stamina berjauhan ngan family lom ade lagi.. . Best tak best jugak lah..tapi dekat 600 ratus cucuk jugak abih dibakar dengan jayanya..Diorang ni nak makan sate sangat..

Ucapan Aidil Fitri : Along ucapkan selamat hari raya & maaf zahir batin terutamanya buat ibu ayah tercinta di Kampung Jeruas kat Pahang sana serta adik2. Tak lupa juga buat atuk nenek ngan pakcik2 di Kg Kuala Kubang dekat Besut sana. Buat buah ati yg disayangi..hehe tapi xleh sebut dalam nie..harap bacalah yer ucapan nie..Tuk kawan-kawan dan adik-adik yg berada di Mesir ni yang telah berjaya membuat sate tuk raya nie harap jangan nenangis ler..tahun depan kite balik ler.. dan lastly tuk semua member2 fotopages yg dihormati semua..Salam Aidilfitri.

Snap pilihan:












terros la buat sate sendiri wei Tue 22-Nov-2005 06:08
Posted by:nusrahhaziqah  - [Link]
Muafakat membawa berkat.... Wed 7-Dec-2005 10:40
Posted by:chendana
oo..bakar sate gak yek ..beh le...biasa le duduk kat perantauan mmg cam gini le... Sun 5-Feb-2006 04:56
Posted by:SHaHaQiL  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Friday, 28-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Cuba Lihat Siapa Diri Anda!![ Memain Jer.. ]

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga
menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.Untuk pengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada.
Contoh:

12 April 1974

12 + 4 + 1974 = 1990

1 + 9 + 9 + 0 = 19

1 + 9 = 10

1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)



Keterangan nombor lahir

Quote:


1. Ketulenan [ ni AlongCaPR punya ]
* Hadir dengan idea baru.
* Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
* Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
* Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin
atau boss.
* Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
* Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah
secara terbuka.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1:
Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan,Coral Burnett, Wynona,Judd, Nancy Reagan, Requel
Welach

2. Pendamai [ sue ] [ w e d a ]
* Dilahirkan sebagai diplomat.
* Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil
kira dirinya sendiri.
* Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
* Mereka tidak suka bersendirian.
* Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup;
tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
* Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu,mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri
(self esteem) dan meluahkan perasaan
* secara terbuka tanpa berselindung.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2:President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg,
Thomas Edison,
Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria [ Airieda ]
* Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
* Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
* Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
* Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
* Mereka sangat popular dan idealistik.
* Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith,
Salvador Dali,
Jody Foster

4. Konsevatif [ Kamitaken ]
* Golongan ini sangat peka dan tradisional.
* Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
* Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
* Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
* Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
* Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
* Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher,
Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner,
Paul Hogan

5. Perintis [ ana ]
* Mereka adalah perintis.
* Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil
* isiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
* Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
* Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu
daripada setiap situasi yang ditempuhi.
* Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
* Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan
sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5:Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter,
Vincent Van Goh,
Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik [ Ouled Kenitra ]
* Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
* Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
* Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
* Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
* Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
* Mereka suka seni musik.
* Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
* Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6:Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver,
Merly Streep, Christopher
Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual

* Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk
menerima sesuatu perkara dengan mudah.
* Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
* Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
* Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
* Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam
menyelesaikan sesuatu perkara.
* Mereka sangat suka berahsia.
* Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan
dunia sebenar.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7:William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson,
Joan Baez,
Princess Diana

8. Penyelesaian

* Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
* Mereka adalah profesional, berterus terang,penilai yang baik dan sangat tegas.
* Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
* Mereka sangat suka mengendalikan manusia.
* Mereka melihat manusia secara objektif.
* Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
* Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan
* keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8:Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,
Jane Fonda, Pablo
Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon [ marcia ]
* Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
* Mereka sangat penyayang dan pemurah.
* Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua
dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
* Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk
memahami mereka.
* Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
* Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada
nasib dan perasaan (mood).
* Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9:Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford,
Gloria Steinem,
Jimmy Carter, Elvis Presley.

S e l a m a t H a r i R a y a A i d i l f i t r i!!!
M a a f z a h i r d a n b a t i n!!!
Thu 3-Nov-2005 17:18
Posted by:hanis125z  - [Link]
Yang bestnya....bila aku uji harijadi aku 11061977 ngan wife aku 12031978...kami berada pada nombor yang sama. Memang perangai pun memang sama...hehehe Sat 4-Feb-2006 15:12
Posted by:manmoncang manmoncang@yahoo.com  - [Link]
besday wife aku tu 13+03+1978 = 1994 bukan 12031978...silap lak Sat 4-Feb-2006 15:13
Posted by:manmoncang manmoncang@yahoo.com  - [Link]
View all 18 comments Add comment


Monday, 10-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Port Fuad [Jaulah Bersama KPT]

menaiki feri ke port fuad..
arab tengah mancing..
masjid terapung..
View all 9 photos...
Port Fuad ni terletak berhampiran jer dengan Port Said yg lepas..kiranya kalau nak ke sini kene menaiki feri dulu la..Jangan risau ler..feri memang free jer..kat sini xde ape yg menarik sangat..cuma tempat kat sini lebih cantik dan bersih kalau nak dibandingkan dengan Kaherah..arab-arab kat sini pun ramah-ramah..aweks-aweks arab pun sama ramahnya..yelah sebabnya jarang org luar datang ke sini..datang sini pun singgah kejap sebelom berangkat kembali ker kedai bundle di Port Said..

Shots pilihan ati:




Quote:
Alahai..sory la pasal tags tu..sbb along baru jer buka fotopages nie..so xkan menghampakan saper yg telah tags along tu..3 mengenai along kan!!

1. nama just panggil along ler..tinggi rasanya lebih kurang tinggi lotpi [kamitakenAl-Makki]..tak pun skrg makin tinggi sikit dari dia kot..nak tau..along sebenarnya satu sekolah ngan lotpi tu..hehe..kawan rapat tu..kamceng lagi..masuk fotopages ni pun sbb jeles ngan dia..hehe.cuma blajo je tempat x sama..dia lagi bernasib baik..dapat ke Mekah.

2. umo masih muda..haa sure masih muda dari kak airieda tu..i'm 23 this year..thn depan..24..thn depan lagi sekali..25 lah..hehe. tu pon kalau masih dipanjangkan umo lah..blaja di al-azhar mesir..dah last year..i-Allah thn depan balik ler ke tanah air..kalau x sangkut la..doa dari seme amat di perlu kan!!!

3. kegemaran along banyak gaks..antara yg wajib..tdo ler..hehe..pastu movie suka gaks..cam citer korea ker [The Sad Love Story]..best woo saper yg lom tengok baik download kat internet..sure x nyesal tengok..pastu lagu2 seme leh dengar..tapi prefer nasyid lah..suka bercamping..selalu camping dulu..suka gaks bergambo ni..sbb nak letak dalam fs nie..paling suka nombor..antara kepakaran dapat mengingat nombor dengan cepat berbanding fakta lain..hehe..no paling suka ialah 26..so 3 pasal along dah selesai..

Sempat lagi tu kempen The Sad Love Story
Tapi mmg best pon.
Along bagitau dia setakat nie dah 3 kali nangis tgk citer tu...
Mon 31-Oct-2005 11:41
Posted by:Izo [kawan Along] izo4ever@yahoo.com
best tengok gambar anak2 semua. you are the best. Sat 2-Sep-2006 18:47
Posted by:aliasenikhat yaskhat@yahoo.com
walamakkkk syeikhhhhh. Ada nama port fuad aaaaa. Nama ana tu. Fri 29-Sep-2006 11:35
Posted by:manmoncang manmoncang@yahoo.com  - [Link]
View all 18 comments Add comment


Sunday, 2-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Port Said [ Jaulah Bersama KPT & Pelajar Baru ]

puas menunggu..
untuk bertolak..
ni bas kite org..
View all 12 photos...
Port Said ni antara destinasi pelancongan la jugak..kat sini banyak barangan import ngan eksport..biasalah kan..nama nya pun dah pelabuhan..mai sini kebetulan menumpang pelajar-pelajar baru Terengganu yg baru datang..biasanya antara program tahunan Keluarga Penuntut Terengganu [KPT] kat Mesir nie..sbb beli baju sejuk biasanya kat sini la..kat sini kedai-kedai bundle pun banyak..tapi harga leh tahan lah..arab tetap jual mahal..tapi kalau pandai menawar..harga yg LE200 pun leh dapat LE30 jer..so jadi org lama kan..kene le tolong adik2 baru ni beli baju..kalau x saja2 kene tipu ke mat2 arab ni..



Hidangan makanan laut ini ditaja oleh Restoran Makanan Laut Port Said..hehe Yang kiteorg makan tu namanya Gambari..tapi kalau bahasa kite panggil sotong/ikan celup tepung jer..hehehe..


gambo salji xde dik oii..mesir ni musim sejuk xde salji.. Mon 17-Oct-2005 00:27
Posted by:AlongCaPR  - [Link]
cakap ade planning nak mai egypt kan..so bila tu..kabo ler ke ambo dulu.. Mon 17-Oct-2005 00:34
Posted by:AlongCaPR  - [Link]
along...u've been tag!! cerita laasikit about urself....3 facts jer... Tue 18-Oct-2005 12:12
Posted by:::airieda::  - [Link]
View all 20 comments Add comment


Sunday, 18-Sep-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Nasyid [Sambutan Merdeka Yg Lepas]

 
 
 
View all 7 photos...




Ni gambo masa pertandingan nased yg dijalankan sempena sambutan Hari Merdeka kat Egypt..mewakili tranung..tapi x menang pun..sbb ade lagu kumpulan nased yg lagi best..tapi enjoy lah jgk..bawa 2 buah lagu tuk setiap kumpulan..tapi seme kene lagu ciptaan sendiri lah..ciplak2 x main lah..

Hijrah Membina Daulah

Tersingkap keagungan Islam
Tersirat dalam perjalanan
Merentasi seribu halangan
Ke madinah arah tujuan
Satu lakaran sejarah
Hijrah membina daulah
Telah terukir indah
Pemangkin kekuatan ummah

Sesampai baginda di sana
Masjid yang terawal dibina
Akidah dijana wahyu dicerna
Sunnah terlaksana rahmat dikurnia

Hijrah bukanlah tanda
Takutkan kufar yang berkuasa
Namun perintah tuhan yang Esa
Satu amanah tegakkan syariah
Namun perintah tuhan yang Esa
Satu amanah tegakkan daulah

Rakyat bersatu teguh
Dengan iman yang kukuh
Ukhwah terikat utuh menghadapi musuh


Lirik:AlongCapr/Ust Halias
Lagu:Ust Halias
[b]

along....apa kabar? ape? cam shila lama? mana ada.....die lawa sangat tu...mana ada samaaa... ape menu berbuka arini.... sue tgk GAMBARI....lerliur plak.... tringat makan kat teluk ketapang blakang airport tu.... yummmy yummmmyyyy.... Sun 9-Oct-2005 13:11
Posted by:Suraya Albakri wsuraya@gmail.com  - [Link]
Assalamualaikum...
Ewah ewah... ada bakat menulis rupanya Along ni... tak pe.. mula-mula cuba-cuba... Lama-lama mana tahu boleh jadi salah satu sumber rezeki.. ye tak??
Teruskan usaha ye Along...
By the way, thanks for visiting my page... rajin-rajinla singgah ye..
Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Tue 1-Nov-2005 00:49
Posted by:Irda Idris  - [Link]
Impressive Selamat Hari Raya Wed 2-Nov-2005 00:01
Posted by:~F&Z~  - [Link]
View all 21 comments Add comment


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.