::This Is My Way::

By: Along CaPR

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]
Friday, 4-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Salam Aidil Fitri [ Malam Raya ]

ayam..
dipotong kecik-kecik..
kupas bawang..
View all 10 photos...
Assalamualaikum semua..
Salam Aidil Fitri buat semua yang berada diperantauan. Akhirnya Aidilfitri yang ditunggu akan menjelang juga. So mengisi program raya ni along snap la gambar-gambar pembikinan sate tuk hari raya.. . Yang mana ade dalam gambo tu je lah yang tinggal tuk x-mtant dulu. Nasib lah buat bakar sate malam tu. Kalau tak ramai yang nangis tak tahan nak balik mesia. Lebih-lebih lagi yang belom pernah balik atau pun yg baru datang Mesir. Maklum le kalau yg baru datang ni stamina berjauhan ngan family lom ade lagi.. . Best tak best jugak lah..tapi dekat 600 ratus cucuk jugak abih dibakar dengan jayanya..Diorang ni nak makan sate sangat..

Ucapan Aidil Fitri : Along ucapkan selamat hari raya & maaf zahir batin terutamanya buat ibu ayah tercinta di Kampung Jeruas kat Pahang sana serta adik2. Tak lupa juga buat atuk nenek ngan pakcik2 di Kg Kuala Kubang dekat Besut sana. Buat buah ati yg disayangi..hehe tapi xleh sebut dalam nie..harap bacalah yer ucapan nie..Tuk kawan-kawan dan adik-adik yg berada di Mesir ni yang telah berjaya membuat sate tuk raya nie harap jangan nenangis ler..tahun depan kite balik ler.. dan lastly tuk semua member2 fotopages yg dihormati semua..Salam Aidilfitri.

Snap pilihan:













Friday, 28-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Cuba Lihat Siapa Diri Anda!![ Memain Jer.. ]

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga
menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.Untuk pengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada.
Contoh:

12 April 1974

12 + 4 + 1974 = 1990

1 + 9 + 9 + 0 = 19

1 + 9 = 10

1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)



Keterangan nombor lahir

Quote:


1. Ketulenan [ ni AlongCaPR punya ]
* Hadir dengan idea baru.
* Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
* Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
* Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin
atau boss.
* Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
* Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah
secara terbuka.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1:
Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan,Coral Burnett, Wynona,Judd, Nancy Reagan, Requel
Welach

2. Pendamai [ sue ] [ w e d a ]
* Dilahirkan sebagai diplomat.
* Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil
kira dirinya sendiri.
* Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
* Mereka tidak suka bersendirian.
* Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup;
tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
* Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu,mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri
(self esteem) dan meluahkan perasaan
* secara terbuka tanpa berselindung.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2:President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg,
Thomas Edison,
Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria [ Airieda ]
* Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
* Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
* Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
* Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
* Mereka sangat popular dan idealistik.
* Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith,
Salvador Dali,
Jody Foster

4. Konsevatif [ Kamitaken ]
* Golongan ini sangat peka dan tradisional.
* Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
* Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
* Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
* Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
* Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
* Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher,
Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner,
Paul Hogan

5. Perintis [ ana ]
* Mereka adalah perintis.
* Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil
* isiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
* Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
* Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu
daripada setiap situasi yang ditempuhi.
* Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
* Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan
sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5:Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter,
Vincent Van Goh,
Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik [ Ouled Kenitra ]
* Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
* Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
* Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
* Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
* Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
* Mereka suka seni musik.
* Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
* Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6:Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver,
Merly Streep, Christopher
Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual

* Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk
menerima sesuatu perkara dengan mudah.
* Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
* Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
* Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
* Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam
menyelesaikan sesuatu perkara.
* Mereka sangat suka berahsia.
* Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan
dunia sebenar.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7:William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson,
Joan Baez,
Princess Diana

8. Penyelesaian

* Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
* Mereka adalah profesional, berterus terang,penilai yang baik dan sangat tegas.
* Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
* Mereka sangat suka mengendalikan manusia.
* Mereka melihat manusia secara objektif.
* Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
* Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan
* keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8:Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,
Jane Fonda, Pablo
Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon [ marcia ]
* Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
* Mereka sangat penyayang dan pemurah.
* Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua
dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
* Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk
memahami mereka.
* Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
* Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada
nasib dan perasaan (mood).
* Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9:Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford,
Gloria Steinem,
Jimmy Carter, Elvis Presley.


Monday, 10-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Port Fuad [Jaulah Bersama KPT]

menaiki feri ke port fuad..
arab tengah mancing..
masjid terapung..
View all 9 photos...
Port Fuad ni terletak berhampiran jer dengan Port Said yg lepas..kiranya kalau nak ke sini kene menaiki feri dulu la..Jangan risau ler..feri memang free jer..kat sini xde ape yg menarik sangat..cuma tempat kat sini lebih cantik dan bersih kalau nak dibandingkan dengan Kaherah..arab-arab kat sini pun ramah-ramah..aweks-aweks arab pun sama ramahnya..yelah sebabnya jarang org luar datang ke sini..datang sini pun singgah kejap sebelom berangkat kembali ker kedai bundle di Port Said..

Shots pilihan ati:




Quote:
Alahai..sory la pasal tags tu..sbb along baru jer buka fotopages nie..so xkan menghampakan saper yg telah tags along tu..3 mengenai along kan!!

1. nama just panggil along ler..tinggi rasanya lebih kurang tinggi lotpi [kamitakenAl-Makki]..tak pun skrg makin tinggi sikit dari dia kot..nak tau..along sebenarnya satu sekolah ngan lotpi tu..hehe..kawan rapat tu..kamceng lagi..masuk fotopages ni pun sbb jeles ngan dia..hehe.cuma blajo je tempat x sama..dia lagi bernasib baik..dapat ke Mekah.

2. umo masih muda..haa sure masih muda dari kak airieda tu..i'm 23 this year..thn depan..24..thn depan lagi sekali..25 lah..hehe. tu pon kalau masih dipanjangkan umo lah..blaja di al-azhar mesir..dah last year..i-Allah thn depan balik ler ke tanah air..kalau x sangkut la..doa dari seme amat di perlu kan!!!

3. kegemaran along banyak gaks..antara yg wajib..tdo ler..hehe..pastu movie suka gaks..cam citer korea ker [The Sad Love Story]..best woo saper yg lom tengok baik download kat internet..sure x nyesal tengok..pastu lagu2 seme leh dengar..tapi prefer nasyid lah..suka bercamping..selalu camping dulu..suka gaks bergambo ni..sbb nak letak dalam fs nie..paling suka nombor..antara kepakaran dapat mengingat nombor dengan cepat berbanding fakta lain..hehe..no paling suka ialah 26..so 3 pasal along dah selesai..


Sunday, 2-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Port Said [ Jaulah Bersama KPT & Pelajar Baru ]

puas menunggu..
untuk bertolak..
ni bas kite org..
View all 12 photos...
Port Said ni antara destinasi pelancongan la jugak..kat sini banyak barangan import ngan eksport..biasalah kan..nama nya pun dah pelabuhan..mai sini kebetulan menumpang pelajar-pelajar baru Terengganu yg baru datang..biasanya antara program tahunan Keluarga Penuntut Terengganu [KPT] kat Mesir nie..sbb beli baju sejuk biasanya kat sini la..kat sini kedai-kedai bundle pun banyak..tapi harga leh tahan lah..arab tetap jual mahal..tapi kalau pandai menawar..harga yg LE200 pun leh dapat LE30 jer..so jadi org lama kan..kene le tolong adik2 baru ni beli baju..kalau x saja2 kene tipu ke mat2 arab ni..



Hidangan makanan laut ini ditaja oleh Restoran Makanan Laut Port Said..hehe Yang kiteorg makan tu namanya Gambari..tapi kalau bahasa kite panggil sotong/ikan celup tepung jer..hehehe..



Sunday, 18-Sep-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Nasyid [Sambutan Merdeka Yg Lepas]

 
 
 
View all 7 photos...




Ni gambo masa pertandingan nased yg dijalankan sempena sambutan Hari Merdeka kat Egypt..mewakili tranung..tapi x menang pun..sbb ade lagu kumpulan nased yg lagi best..tapi enjoy lah jgk..bawa 2 buah lagu tuk setiap kumpulan..tapi seme kene lagu ciptaan sendiri lah..ciplak2 x main lah..

Hijrah Membina Daulah

Tersingkap keagungan Islam
Tersirat dalam perjalanan
Merentasi seribu halangan
Ke madinah arah tujuan
Satu lakaran sejarah
Hijrah membina daulah
Telah terukir indah
Pemangkin kekuatan ummah

Sesampai baginda di sana
Masjid yang terawal dibina
Akidah dijana wahyu dicerna
Sunnah terlaksana rahmat dikurnia

Hijrah bukanlah tanda
Takutkan kufar yang berkuasa
Namun perintah tuhan yang Esa
Satu amanah tegakkan syariah
Namun perintah tuhan yang Esa
Satu amanah tegakkan daulah

Rakyat bersatu teguh
Dengan iman yang kukuh
Ukhwah terikat utuh menghadapi musuh


Lirik:AlongCapr/Ust Halias
Lagu:Ust Halias
[b]


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net