::This Is My Way::

By: Along CaPR

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]
Thursday, 14-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Fayyum - Kebun Buah

tunjuk aper tu?
ooo buah anggur..
tapi lom masak lagi..
View all 6 photos...


Jom kutip anggur!!!

Note: Sape2 nak petik anggur tak yah gi UK..kat mesir pun ade!!


Tuesday, 12-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Kurma Muda

petik..
kurma..
muda..
Khasiat Kurma

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Quote:

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".





Monday, 11-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Fayyum - Tasik Qarun

di tepi jalan..
di bawah panas mentari..
berhampiran Tasik Qarun..
View all 8 photos...
Tasik Qarun - secara ringkasnya ni lah tasik Qarun..yang mana diceritakan dalam Al-Quran..bahawa segala harta dan istananya ditenggelamkan oleh Allah di tasik ini..tasik ni luas..sekali tengok macam laut..


Gambar: Gaya seorang exco yg macho!



Sunday, 10-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Fayyum - Misteri Qasr Qarun

inilah istana Qarun..
yang dikatakan..
antara struktur binaan..
View all 8 photos...
Qasr Qarun / Istana Qarun - Betul ke ni Istana Qarun?? semenya bagaikan satu misteri..betulkah Istana Qarun sebesar yang anda lihat?? sedangkan harta Qarun terlalu banyak sehinggakan Allah telah menceritakan dalam Al-Quran..bahawa kunci hartanya sahaja memerlukan orang tuk memikulnya..di istana yang dikatakan ini mempunyai 6 tingkat..3 tingkat di bawah tanah yang telah tenggelam..dan 3 tingkat di atas yg masih ada..mengikut guide yg cerita..sekitar kawasan istana ini adalah perkampungan kaum Firaun..tapi masih menjadi misteri kerana mengikut Al-Quran..Istana Qarun telah tenggelam kesemuanya..

Quote:
"Maka benamkanlah Qarun beserta rumahnya ke dalam bumi, maka tidak ada baginya satu golongan pun yang menolongnya terhadap azab Allah, dan tiadalah ia termasuk orang-orang yang dapat membela dirinya." (Surah Al-Qashas:ayat 81)



Gambar: Izo cuba mengangkat batu menunjukkan kekuatan!! Rasengan!!


Saturday, 9-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Fayyum - Wadi Al-Rayyan

di pintu masuk..
gate fees..kat sini dah kene bayar.
sape kata padang pasir tak lawa?? tengok sendiri!!
View all 7 photos...
Wadi Al-Rayyan..salah satu tempat yang best la jugak..sebab dekat sini la ade satu tempat yang best nak mandi kalau duk mesir nie..tapi tetap tak leh lawan mesia la..tapi sayangnya tak leh nak upload semua gambar-gambar yang tengah berendam..nak tau kenapa?? tuk keselesaan diri sendiri la..


Gambar: Ada ala2 Titanic tak?



[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net